Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KSU, ketua perkhidmatan diingatkan hadir mesyuarat prosiding PAC


Tarikh kemaskini: 01/07/2019





KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Ketua Setiausaha (KSU) atau Ketua Perkhidmatan (KP) selaku pegawai pengawal bagi sesebuah kementerian, jabatan atau agensi kerajaan diingatkan memberi keutamaan untuk hadir setiap mesyuarat prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen, apabila dipanggil sebagai saksi untuk prosiding.

Pengerusi PAC, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata sepanjang beliau mempengerusikan mesyuarat prosiding PAC sejak dilantik sebagai pengerusi pada 11 April lepas, terdapat KSU atau KP gagal menghadirkan diri walaupun menerima notis panggilan mesyuarat sekurang-kurangnya tempoh 10 hari, seperti yang ditetapkan dalam Peraturan Mesyuarat 9, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Sebaliknya, mereka hanya menghantar wakil untuk menghadiri mesyuarat prosiding PAC Parlimen dan lebih mengecewakan apabila KSU atau KP terbabit tidak menjawab surat panggilan mesyuarat PAC yang diserahkan bagi memaklumkan mengenai ketidakhadiran secara rasmi,” katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media di bangunan Parlimen, hari ini.

Tambah Noraini, sikap itu jelas tidak menghormati institusi Parlimen sebagai badan perundangan tertinggi negara.

Memahami kesibukan tugas dan tanggungjawab KSU atau KP, Noraini berkata PAC terbuka terhadap sebarang cadangan tarikh daripada pihak berkenaan, sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri pada tarikh yang ditetapkan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     

Sambutan filem 'Garang - Aku Luar Biasa' mengenai atlet paralimpik kurang memberangsangkan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel