Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UiTM, MARii jalin kerjasama tingkat kualiti industri automotif dan mobiliti


Tarikh kemaskini: 01/07/2019





SHAH ALAM, 1 Julai (Bernama) -- Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Institut Automotif, Robotik dan IoT (Objek Rangkaian Internet) Malaysia (MARii) bagi meningkatkan kualiti industri, automotif dan mobiliti.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Naib Canselor UiTM, Prof Ir Dr Mohd Azraai Kassim dan Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Datuk Madani Sahari pada satu majlis di sini.

MoU selama tiga tahun itu bertujuan untuk melahirkan lebih ramai pekerja yang mahir dalam bidang automotif, robotik dan internet. 

Madani berkata, selain pembangunan modal insan bersama UiTM, pihaknya juga akan bekerjasama dalam pembangunan teknologi yang berkait rapat dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

"Kita akan menggunapakai kepakaran di UiTM untuk melahirkan teknologi yang berkaitan dengan Analisis Data Besar (BDA) kerana dengan keupayaan untuk mengumpul dan membuat analisis terhadap data itu sebenarnya membolehkan industri IR 4.0 dilaksanakan dengan betul dan efisen."

"Seterusnya kita akan membuat Lean Production Sistem (LPS) di mana ia telah membantu banyak syarikat di Jepun meningkatkan kualiti dan produktiviti syarikat, tetapi ia dibuat dengan manual. Jadi bersama UiTM ianya akan dilakukan secara digital," katanya pada sidang media selepas majlis berkenaan.

Beliau berkata, dengan cuti pertengahan Julai yang bakal bermula di UiTM, pihaknya akan menggunakan fasiliti yang ada di UiTM untuk melatih lepasan calon SPM atau STPM yang berminat untuk memilih kursus yang diminati. 

MARii juga akan membuka pusat operasi dan teknologi yang pertama di Fakulti Kejuteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam. 

Sementara itu, Azraai berkata MoU yang julung kali diadakan itu akan menyediakan ruang latihan kepada calon yang bakal mengikuti kursus itu.

"Kita juga akan menyediakan tenaga kerja dan program ini akan dilaksanakan di seluruh kampus UiTM di Malaysia," katanya. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     

Berdepan pertuduhan rogol: Exco Perak dinasihat cuti daripada tugas rasmi

 
     

Senarai penuh Kabinet Sarawak

 
     

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel