Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

TVET tahfiz mampu lahir lepasan penuhi cabaran IR4.0


Tarikh kemaskini: 01/07/2019




KLANG, 1 Julai (Bernama) -- Penubuhan pusat Latihan Vokasional dan Pendidikan Teknikal (TVET) Tahfiz dilihat mampu melahirkan generasi celik agama malah mampu bersaing dalam Revolusi Industri 4.0 (IR4.0)

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata sehubungan itu ibu bapa yang mempunyai perancangan untuk menghantar anak mereka ke pusat tahfiz perlu melihat TVET Tahfiz ini sebagai institusi yang mempu memberikan masa depan yang baik kepada anak mereka.

"Ibu bapa tidak perlu bimbang untuk hantar anak mereka ke TVET Tahfiz ini, kita perlu lihat ia adalah untuk masa depan mereka.

"TVET Tahfiz ini selaras dengan agenda kerajaan untuk memperkasa pendidikan tahfiz di negara ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan TVET Tahfiz dan menyaksikan sesi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Enter Coridor Training Center dan Maahad Tahfiz Al Quran As Sunnah (MTAQWAS) di sini hari ini.

Turut hadir di majlis berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif Enter Coridor Sdn Bhd, Ahmad Radzi Yusof.

Melalui MoU berkenaan MTAQWAS akan memastikan kualiti modul hafazan yang diikuti oleh pelajar Sijil Kemahiran Malaysia tahap 2,3 dan 4 dalam bidang Teknologi Automasi Industri di Enter Coridor sentiasa ditahap terbaik.

Sebagai permulaan, seramai 35 pelajar tahfiz MTAQWAS menyertai program di TVET itu bulan lepas.

Sementara itu dalam ucapan perasmiannya, Mahfuz berkata penubuhan TVET Tahfiz itu bertujuan memberi peluang dan membantu para pelajar tahfiz untuk mendapatkan latihan berkemahiran yang bersistematik melalui Pensijilan Kemahiran Malaysia.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     

Sambutan filem 'Garang - Aku Luar Biasa' mengenai atlet paralimpik kurang memberangsangkan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel