Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Unit OIB beli tanah SDP bernilai RM40.11 juta


Tarikh kemaskini: 01/07/2019





KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Anak syarikat Oriental Interest Bhd, Myra Land Sdn Bhd membeli tanah milik Sime Darby Plantation Bhd di Kuala Langat, Selangor bernilai RM40.11 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kedua-dua pihak telah menandatangani perjanjian jual dan beli bagi cadangan pembelian plot tanah 42.1 hektar.

OIB berkata pembelian tersebut akan dibiayai menerusi dana dalaman dan pinjaman bank.

“Cadangan pembelian itu adalah sejajar dengan rancangan strategik syarikat untuk memanfaatkan kelebihannya dalam pembangunan hartanah dan pembinaan untuk membangunkan tanah yang melengkapi pembangunan sedia ada di Lembah Klang.

“Ia juga selari dengan cadangan keseluruhan syarikat itu untuk meningkatkan simpanan tanah di kawasan berpotensi berikutan peluang sedia ada pada situasi pasaran semasa,” katanya.

Pengambilalihan itu dijangka menyumbang secara positif ke atas pendapatan syarikat itu pada masa depan.

-- BERNAMA 

 


 

   

 
 
     
   
 

Peserta program bimbingan INSKEN raih jualan RM8.89 juta

 
     

Lapan nelayan hilang di perairan Tambisan

 
     

Polis siasat pagar rumah wartawan disimbah cat merah

 
     

Sekolah Tamil pupuk perpaduan menerusi sambutan Ponggal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel