Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jual arak beracun : Tiga lelaki ditahan polis


Tarikh kemaskini: 01/07/2019





KAJANG, 1 Julai (Bernama) -- Polis menahan dua warga Myanmar dan seorang warga tempatan, dipercayai menjual arak beracun dalam serbuan di sebuah kedai menjual minuman keras di Jalan Pasar Baru, Semenyih, pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata lelaki tempatan bersama dua pembantu kedainya berusia dalam lingkungan 30-an hingga 45 tahun itu ditahan dalam serbuan dilakukan pada 1 tengah hari oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, susulan maklumat dan risikan polis.

“Sebanyak 60 tin minuman keras jenama Miludeer dan 130 tin minuman keras jenama Bieremark dianggarkan bernilai RM2,000 turut dirampas dalam serbuan itu,” katanya pada sidang akhbar di IPD Kajang, di sini.

Ahmad Dzaffir berkata tangkapan dilakukan bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang lelaki warga asing akibat keracunan metanol di daerah Kajang pada Jun lepas.

"Kami percaya kesemua arak beracun tersebut dihasilkan di luar negara sebelum diseludup masuk ke negara ini dan menjalani proses pembungkusan semula di Malaysia," katanya, dan menyatakan kes disiasat di bawah Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat.

Ketiga-tiga lelaki itu direman selama empat hari sehingga esok.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel