Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Felda letak kepercayaan terhadap Mohd Bakke untuk angkat martabat peneroka


Tarikh kemaskini: 01/07/2019





KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Seluruh warga Felda meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap Pengerusi Felda yang baharu Tan Sri Mohd Bakke Salleh bagi mengangkat martabat peneroka dan menjamin kelestarian agensi itu.

Felda dalam satu kenyataan hari ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Mohd Bakke atas pelantikan itu yang berkuatkuasa hari ini dan mengalu-alukan kehadiran beliau di Felda.

  "Dengan pengalaman lebih 35 tahun dalam bidang hartanah, kewangan dan perladangan, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Bahagian Hartanah Pengurusan Danaharta Nasional Berhad dari 1999 hingga 2001.

Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji bermula 2001 hingga 2005 dan selepas itu dipertanggungjawabkan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Felda Holdings Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Berhad,” menurut kenyataan itu.

Mohd Bakke juga merupakan Ahli Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dari 2004 hingga 2010 dan dilantik sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad pada 2010 hingga 2017. 

Sementara itu, Felda turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada bekas Pengerusi Felda Tan Sri  Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor di atas perkhidmatan cemerlang beliau di Felda termasuk pelaksanaan beberapa inisiatif pelan transformasi demi kebajikan sosioekonomi warga peneroka.

"Beliau telah menyumbang idea bernas dan memberi komitmen penuh dalam melengkapkan Kertas Putih Felda demi menjamin masa depan peneroka,” kata kenyataan itu.

Pada 26 Jun lepas, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan pelantikan itu untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Julai 2019 sehingga 30 Jun 2021.

-- BERNAMA

 

 


 

   

 
 
     
   
 

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     

Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan tempat perkahwinan terkemuka di dunia

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel