Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Nik Faisal mungkin telah palsukan tandatangan saya - Datuk Suboh


Tarikh kemaskini: 01/07/2019





KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) --  Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa ketua pegawai eksekutif SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil mungkin telah memalsu (meniru) tandatangan pengarah bukan-eksekutifnya, Datuk Suboh Md Yassin pada dokumen bank bagi memindahkan dana oleh SRC.

Pemindahan dana dikata melibatkan berjuta-juta ringgit dari SRC kepada dua subsidiarinya Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.

Pendedahan ini dibuat peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, peguam utama bagi Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyoal balas Suboh pada perbicaraan SRC Najib hari ini di mana pihak pembela menggunakan mesin projektor bagi membandingkan tandatangan Suboh pada beberapa salinan kertas dan pada dokumen yang diimbas.  

Peguam itu menimbulkan isu bagaimana semua tandatangan Suboh pada 11 dokumen bank di salinan yang diimbas adalah serupa dengan saiz dan struktur yang sama dan mempunyai padanaan tepat dan bagaimana tandatangan Suboh pada salinan kertas pula berbeza dari salinan imbasan.

Muhammad Shafee menyifatkan perbezaan tandatangan Suboh pada salinan kertas dan pada dokumen imbasan seperti “gajah dengan tikus” hingga mencetuskan gelak ketawa dalam mahkamah.

Muhammad Shafee :  Saya kira anda puashati yang saya telah membuktikan dengan pasti bahawa tandatangan anda pada salinan kertas telah dipalsukan dan telah diimbaskan kepada bank seolah-olah ia dokumen asal dan tulen.

Apa yang menarik ialah anda akan dapati dari semua dokumen ini (dokumen pemindahan wang dari  SRC kepada dua subsidiarinya); anda lihat tandatangan Nik Faisal, tidak ada masalah ... Andaian saya ialah    Nik Faisal memalsukan tandatangan anda? 

Suboh : Mungkin.

Muhammad Shafee : Mungkin?  Tetapi kami telah tunjukkan kepada anda dengan pasti dan anda puashati apa yang telah saya tunjukkan kepada anda?  

Suboh : Ya.

Muhammad Shafee : Apakah anda setuju dengan saya bahawa orang yang anda percayai  Nik Faisal menganggap anda orang yang amat dipercayai. Tidak salah menjadi orang yang dipercayai, tetapi dia nampak ini? Ya?.  

Suboh : Ya, mungkin. 

Muhammad Shafee : Anda setuju dengan saya, oleh kerana  terdapat perbezaan antara salinan kertas dengan salinan imbasan, anda tidak mungkin menyetujui pemindahan wang, hanya  Nik Faisal yang melakukannya, dikatakan beliau lakukannya bila anda tidak terlibat?.

 Suboh : Ya.

Kepada satu lagi andaian Muhammad Shafee bahawa Nik Faisal mungkin nampak kelemahannya  (Suboh) yang menyebabkannya mengambil kesempatan dengan dikatakan memalsukan tandatangannya, 

Suboh menjawab: “Ya”.

Saksi itu juga bersetuju dengan andaian peguam bahawa Nik Faisal telah mengelirukannya dengan memberi gambaran salah bahawa beliau mendapat sokongan dari “orang atas (Najib)”.

Suboh juga menjawab dengan tegas bila ditanya yang beliau tidak ada membuat pengesahan dengan  Najib dan langkah susulan dengan Najib.

“Ya, mungkin pada masa itu saya tidak sihat. Saya pernah berada di hospital hingga waktu saya  menjalani (pembedahan) bypass,” kata beliau.

Pendengaran di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok. 

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel