Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pusat panggilan judi dalam talian diserbu, lima ditahan


Tarikh kemaskini: 01/07/2019





KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Taktik sindiket perjudian dalam talian yang menjadikan rumah kedai sebagai pusat panggilan kegiatan itu terbongkar, selepas polis menahan lima individu termasuk penganjurnya dalam serbuan di Jalan Sentul di sini hari ini.

Ketua Penolong Pengarah (D7) Pencegahan Judi/Maksiat/ Gangsterism Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Rohaimi Md Isa berkata tiga lelaki tempatan serta seorang lelaki dan wanita warga Indonesia berusia 23 hingga 35 tahun ditahan dalam serbuan pukul 4.30 petang itu.

“Antara barang yang dirampas adalah tiga komputer dan tujuh telefon bimbit. Siasatan awal mendapati sindiket ini beroperasi sejak April,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata sindiket itu akan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) secara rawak dan meminta pelanggan memuat naik aplikasi tertentu untuk bermain judi. 

“Kebanyakan pelanggan, warga tempatan dan sindiket ini mampu mengaut keuntungan RM100,000 sebulan,” katanya.

Rohaimi berkata kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk siasatan lanjut.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Raja Perlis mahu pendakwah saudara baharu sentiasa lengkapkan ilmu

 
     

Profesionalisme pakar patologi negara diyakini

 
     

Polis akan panggil penganjur perhimpunan anti-Lynas

 
     

Bacaan IPU di Sri Aman kekal 'sangat tidak sihat'

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel