Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

22 wanita asing ditahan tawar khidmat seks pakej penuh


Tarikh kemaskini: 02/07/2019





KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Seramai 22 wanita rakyat asing ditahan disyaki menjalankan kegiatan pelacuran dengan menawarkan khidmat seks ‘pakej penuh’ RM220 sekali langgan, di empat premis sekitar Puchong, malam tadi.

Kesemua mereka ditahan dalam operasi kira-kira dua jam bermula 10.30 malam oleh Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman yang menyaksikan serbuan premis di Jalan Puteri 1/4, Jalan Puteri 1/8, Jalan Puteri 5/2, Bandar Puteri dan One Puchong Business Park, Puchong.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman Datuk Rohaimi Md Isa berkata kesemua wanita yang ditahan itu berumur antara 19 dan 43 tahun.

“Premis juga didapati menggunakan modus operandi dengan beroperasi di kawasan deretan kedai yang dikelilingi restoran.

“Hasil siasatan mendapati, penjaga premis ini mempergunakan gadis Vietnam, Indonesia dan Thailand dengan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan,” katanya ketika dihubungi.

Rohaimi berkata mereka yang ditahan itu terdiri daripada 11 rakyat Vietnam, lima China, empat Indonesia dan dua Thailand.

Selain itu, polis turut menahan lima lelaki tempatan yang berperanan sebagai penjaga premis berumur 26 hingga 41 tahun.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan (KK) kerana terlibat kegiatan persundalan selain Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (EHDTTH).

Siasatan mengikut Seksyen 39b Peraturan Imigresen, Seksyen 55B dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 juga dibuat terhadap wanita rakyat asing atas pelbagai kesalahan Imigresen, katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel