Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kira-kira 15,000 petani sertai tanaman padi secara estet - Pengurus Besar MADA


Tarikh kemaskini: 02/07/2019





KANGAR, 2 Julai (Bernama) -- Kira-kira 15,000 petani dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menyertai projek Estet Padi melibatkan kawasan seluas 35,000 hektar atau kira-kira 30 peratus keluasan sawah dalam pentadbiran lembaga itu.

Menurut Pengurus Besar MADA, Datuk Fouzi Ali, keluasan itu mencapai hasrat MADA sejak projek Estet Padi dilancarkan pada 2011 bertujuan meningkatkan hasil dan mengatasi masalah petani yang meningkat usia tua.

“Melalui projek ini kita dapat mengurangkan kos mengusahakan sawah 10 hingga 15 peratus manakala hasil meningkat sebanyak 0.5 tan hingga satu metrik tan satu hektar,” katanya ketika ditemui pada majlis Erat Raya Mada Wilayah 1 Perlis di perkarangan agensi itu di sini, hari ini.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan hadir pada majlis itu.

Fouzi berkata, petani MADA yang mengusahakan sawah secara individu hanya mampu mencapai produktiviti purata 5 hingga 5.5 tan sehektar setiap musim.

MADA masih dalam usaha meningkatkan infrastruktur saliran air dari 18 meter kepada 30 meter bagi sehektar sawah supaya produktiviti dapat ditingkatkan sebanyak tujuh hingga lapan metrik tan satu hektar.

“Peningkatan saliran ini penting supaya pengurusan air akan lebih efisyen untuk disalurkan secara menyeluruh ke kawasan tanaman padi dan sekaligus meningkatkan produktiviti padi,” kata Fouzi.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel