Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan Geng Homestay curi barang di Ipoh


Tarikh kemaskini: 03/07/2019





IPOH, 3 Julai (Bernama) -- Polis berjaya menyelesaikan 19 kes pecah rumah dan inap desa susulan penahanan empat anggota kumpulan 'Geng Homestay' dalam tiga serbuan berasingan di Taman Cempaka di sini pada 24 dan 27 Jun lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata polis menahan kesemua suspek yang tidak bekerja berusia antara 26 dan 42 tahun dalam Ops Pintu.

Dalam serbuan pertama pada 24 Jun, polis menahan suspek berusia 42  tahun itu di Taman Cempaka yang mempunyai sembilan rekod lampau berkaitan kes dadah dan curi.

"Hasil soal siasat ke atas suspek, kita berjaya tahan tiga lagi suspek berusia 26, 29 dan 31 tahun Khamis lalu dan mempunyai rekod lampau berkaitan kes pukul serta menipu manakala suspek berumur 29 tahun tidak mempunyai rekod lampau.

"Hasil siasatan, kesemua suspek mengaku melakukan kegiatan berkenaan di sekitar Ampang Baru, Kampung Rapat dan Tambun. Dan kita merampas 71 barangan seperti elektrik, gitar, kamera digital  termasuk sebuah kereta dengan anggaran nilai RM40,000," katanya pada sidang media di Balai Polis Ampang Baru di sini, hari ini.

Mohd Ali berkata modus operandi kumpulan itu adalah menyewa rumah atau inap desa di kawasan itu malah mereka turut mencuri barangan yang terdapat dalam inap desa tersebut dengan menggunakan dokumen pengenalan diri palsu untuk mendaftar masuk. 

"Kesemua suspek didapati positif dadah jenis ‘methamphetamine’ dan mereka direman sejak Jumaat lalu sehingga hari ini," katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel