Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bayi masih bertali pusat ditemui dalam kotak di tepi jalan


Tarikh kemaskini: 03/07/2019




ALOR SETAR, 3 Julai (Bernama) -- Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam keadaan masih bertali pusat, ditinggalkan di tepi jalan berdekatan sebuah sekolah rendah di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata ketika ditemui bayi itu diletakkan di dalam sebuah kotak sebelum ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan pada kira-kira pukul 8.20 pagi.

Beliau berkata polis yang menerima panggilan daripada seorang lelaki berusia 40 tahun bergegas ke lokasi yang terletak kira-kira 100 meter dari Sekolah Kebangsaan Darul Hikmah, Jalan Jelai itu, dan mendapati bayi itu masih hidup.

“Bayi itu diberikan susu dan ditukar lampin oleh seorang tukang cuci di sekolah berkenaan sebelum dibawa ke hospital menggunakan ambulans,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Katanya setakat ini keturunan bayi masih belum dapat dikenal pasti kerana dipercayai baharu sahaja dilahirkan, dan bayi yang kini berada di wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) itu dilaporkan dalam keadaan stabil.

Rozi seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya tampil bagi membantu, dan menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel