Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pulau Pinang sasar pelepasan lebih 300,000 benih ikan, udang tahun ini


Tarikh kemaskini: 03/07/2019





TASEK GELUGOR, 3 Julai (Bernama) -- Sebanyak 310,000 benih ikan dan udang disasarkan untuk dilepaskan di sungai-sungai di Pulau Pinang tahun ini sebagai usaha untuk memastikan kelangsungan industri perikanan negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Dr Afif Bahardin hari ini berkata sasaran yang ditetapkan sebagai Indeks Prestasi Utama (KPI) Jabatan Perikanan negeri ini juga menjadi sebahagian daripada sasaran nasional sebanyak lima juta benih ikan dan udang.

“(Sasaran) ini sebenarnya merupakan satu daripada usaha murni untuk menyokong matlamat menjamin kecukupan bekalan makanan dan memenuhi permintaan rakyat,” katanya ketika ketika berucap pada majlis pelepasan kira-kira 100,000 benih udang galah ke perairan umum di Kampung Terus dekat sini.

 Menurutnya program pelepasan udang dan ikan ini akan memastikan populasi hidupan marin sentiasa mampan dan menyumbang kepada pendapatan nelayan setempat.

“Ia (populasi udang dan ikan yang banyak) juga boleh menjadi tarikan kepada para pemancing dan boleh menjadi (asas untuk) satu projek agropelancongan yang menarik dan menjana ekonomi yang lumayan,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel