Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ibu bapa, guru perlu jadi pasukan terbaik pastikan kemenjadian sahsiah pelajar - Raymond


Tarikh kemaskini: 03/07/2019




NABAWAN, 3 Julai (Bernama) -- Ibu bapa dan guru perlu menjadi pasukan terbaik yang mempunyai persefahaman serta menjalin kerjasama rapat bagi memastikan kecemerlangan akademik serta kemenjadian sahsiah pelajar, kata Ketua Cabang PKR Pensiangan Raymond Ahuar.

Beliau berkata tanpa persefahaman dan kerjasama rapat daripada kedua-dua pihak akan menyukarkan misi dalam usaha melahirkan generasi insan kamil berpendidikan di Sabah.

"Ibu bapa juga seharusnya memainkan peranan sebagai 'guru' anak-anak mereka di rumah, dalam masa sama, memahami tugas dan tanggungjawab seorang guru ketika mengajar anak-anak di sekolah," katanya berucap merasmikan Temasya Sukan Sekolah Kebangsaan Ulu Mosopoh di sini, hari ini.

Raymond yang juga Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah turut menyarankan golongan ibu bapa di negeri ini supaya menimba ilmu terutama aspek teknologi maklumat dan komunikasi memandangkan dunia digital sangat penting pada era globalisasi kini termasuk dalam sektor pendidikan.

"Ibu bapa berilmu dan berpengetahuan mampu membantu anak-anak mereka memahami setiap apa dipelajari di sekolah," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel