Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Yusof galak PPD anjur perayaan erat perpaduan pelajar


Tarikh kemaskini: 03/07/2019




PENAMPANG, 3 Julai (Bernama) -- Menteri Pendidikan dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob menggalakkan Pejabat Pendidikan Daerah menganjurkan sambutan perayaan bertujuan mengeratkan lagi perpaduan dan keharmonian antara pelajar pelbagai kaum di negeri ini.

Beliau berkata, penganjuran majlis seumpama itu juga adalah pendekatan terbaik mendidik generasi muda untuk menjadi masyarakat yang menghargai suasana keamanan dan sentiasa hidup harmoni dalam kepelbagaian kaum.

"Ia juga mampu mengukuhkan nilai toleransi dalam kalangan generasi muda khususnya dalam konteks negeri kita yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan agama selain mencerminkan budaya hidup sederhana masyarakat Sabah," katanya berucap pada Sambutan Aidilfitri Pendidikan Khas Integrasi anjuran PPD Penampang di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri Pendidikan dan Inovasi Sabah Jenifer Lasimbang.

Sebanyak sembilan sekolah melaksanakan Pendidikan Khas Integrasi serta Program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan sekitar Penampang dan Tuaran memeriahkan sambutan Aidilfitri yang dimeriahkan dengan kehadiran lebih 300 orang terdiri daripada guru, ibu bapa dan pelajar sekolah terbabit.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel