Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki Pakistan ditahan mencabul, tunjuk kemaluan


Tarikh kemaskini: 03/07/2019





BUTTERWORTH, 3 Julai (Bernama) -- Kerana terlalu ghairah melihat wanita yang sedang bertugas di sebuah kedai menjual pakaian di Teluk Air Tawar, di sini, seorang lelaki menghimpitnya secara tiba-tiba hingga dia terjatuh.

Lelaki itu kemudian mengucup mulut wanita itu sebelum membuka zip seluar dan memeluknya, namun wanita berkenaan berjaya melepaskan diri.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor menceritakkan kejadian itu hari ini ketika menahan seorang lelaki warga Pakistan semalam selepas menerima laporan daripada wanita itu yang dia telah dicabul.  

Katanya, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di rumah sewanya di Kulim, Kedah kira-kira pukul 2.00 petang selepas polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan daripada mangsa yang berumur 30 tahun.  

"Dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 malam (sehari sebelumnya), wanita yang sedang bekerja di kedai menjual pakaian berkenaan mendakwa telah ditolak secara tiba-tiba oleh suspek sehingga terjatuh,” kata beliau.

Selepas ditahan polis, lelaki itu mengaku melakukan perbuatan berkenaan dan turut menawarkan RM20 untuk melakukan hubungan seks dengan wanita itu. 

"Lelaki itu kini direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan dan Seksyen 509 kanun yang sama kerana mengaibkan kehormatan,” katanya.

-- BERNAMA 

 


 

   

 
 
     
   
 

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel