Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Warga emas didenda RM6,000, langgar dua beranak sehingga cedera parah


Tarikh kemaskini: 03/07/2019





TAWAU, 3 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas yang juga pemandu van jenazah didenda RM6,000, selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret Tawau hari ini kerana cuai ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan dan dua beranak cedera parah pada Januari lalu.

Mustafa Koral, 67, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Herlina Muse atas pertuduhan di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM4,000 dan tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.

Majistret turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lapan bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Dalam pada itu, mahkamah turut mengarahkan lesen memandu Mustafa dibatalkan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mustafa yang memandu kenderaan Hyundai Getz nombor pendaftaran SAA9488G didakwa memandu tanpa cermat dan perhatian sewajarnya di kawasan tamu Batu 5, Jalan Apas kira-kira jam 4.40 petang pada 19 Januari lepas.

Mengikut fakta kes, tertuduh dari arah masjid Al-Raudahtul Jannah menuju ke rumahnya yang perlu melalui kawasan pasar tamu.

Ketika melalui pasar tamu itu, tertuduh terpijak pedal minyak yang sepatutnya pedal brek untuk memperlahan kenderaan kerana melalui lorong sempit yang menempatkan gerai di kiri dan kanan lorong.            Akibat kecuaian itu, kenderaan dipandu tertuduh hilang kawalan dan merempuh gerai di pasar tamu sekali gus melanggar Abdul Rahman Paddu bersama anaknya Ahmad Abdullah yang ketika itu sedang membeli buah di sebuah gerai.            Kemalangan itu mengakibatkan Abdul Rahman dan anaknya cedera parah.

Kes pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, ASP Joan Lee.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel