Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pengusaha ladang kelapa sawit digesa dapatkan pensijilan MSPO


Tarikh kemaskini: 03/07/2019





KUCHING, 3 Julai (Bernama) - Kementerian Industri Utama menggesa semua pengusaha ladang sawit di negara ini agar mendapatkan pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) yang akan dilaksanakan secara mandatori pada 31 Disember 2019.

Menterinya, Teresa Kok berkata pelaksanaan secara mandatori itu adalah untuk memastikan minyak sawit dihasilkan secara mampan dan berkualiti tinggi.

“Pensijilan ini juga untuk meningkatkan pengeluaran kelapa sawit nasional, pemprosesan dan standard rantaian bekalan serta meningkatkan eksport keluaran minyak sawit secara global.

“Justeru, sasaran kementerian adalah untuk memastikan kesemua pengusaha mempunyai sijil seratus peratus menjelang hujung tahun ini,” katanya pada sidang media selepas mengadakan sesi dialog MSPO bersama pemegang kepentingan di Sarawak, di Auditorium Kompleks Belia dan Sukan negeri, di sini, hari ini.

Kok berkata, di Sarawak, setakat 31 Mei ini hanya 36 peratus sahaja yang sudah mendapatkan pensijilan MSPO daripada keseluruhan kawasan penanaman kelapa sawit.

Menurutnya, kerajaan akan menanggung kos pensijilan MSPO bagi pengusaha kecil kelapa sawit yang mempunyai tanaman kurang daripada 1000 hektar.

— BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel