Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Brek rosak, lori tangki rempuh gerai, kereta dan rumah di Lahad Datu


Tarikh kemaskini: 03/07/2019





LAHAD DATU, 3 Julai (Bernama) -- Akibat brek tidak berfungsi, sebuah lori tangki merempuh dua rumah dan gerai menjual bantal kekabu serta sebuah kereta di tepi jalan, ketika menuruni bukit di Kampung Membatu di Jalan Membatu-Tungku dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata ketika kejadian 9.30 pagi itu, pemandu lori tangki berusia 40 tahun yang memandu dari arah Lahad Datu menuju ke Felda Sahabat itu bertindak melompat keluar dari lori selepas menyedari brek kenderaan berkenaan rosak.

"Akibatnya lori itu masuk ke kanan jalan lalu terbabas dan merempuh sebuah gerai menjual bantal kekabu, kemudian merempuh dua lagi rumah serta sebuah kereta rosak jenis Proton Saga yang diparkir.

"Ketika kejadian sebuah rumah tidak berpenghuni manakala sebuah lagi berpenghuni namun sempat melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu Nasri berkata pemandu lori hanya mengalami luka kecil dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ekoran itu, katanya kes akan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel