Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Nelayan hilang di perairan Pantai Emas ditemukan lemas


Tarikh kemaskini: 03/07/2019





KOTA BELUD, 3 Julai (Bernama) -- Seorang nelayan yang dilaporkan hilang di perairan Pantai Emas di sini semalam ditemukan lemas kira-kira pukul 4.30 petang hari ini.

Mayat Sapuan Saiman, 60, dijumpai terapung oleh nelayan kira-kira 100 meter daripada lokasi botnya ditemukan.

Pusat Gerakan Operasi Bomba dalam satu kenyataan memaklumkan Sapuan keluar dari rumah pada pukul 6.00 pagi untuk menangkap ikan dan sepatutnya kembali ke jeti pada pukul 8.00 pagi.

"Bagaimanapun dia tidak pulang dan orang kampung hanya menemukan botnya dengan enjin masih hidup," menurut kenyataan itu.

Mayat Sapuan dihantar ke Hospital Kota Belud dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel