Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pembangunan seimbang luar bandar dan bandar perlu untuk kurangkan masalah setinggan di bandar


Tarikh kemaskini: 03/07/2019





KOTA KINABALU, 3 Julai (Bernama) -- Pembangunan luar bandar di Sabah perlu seimbang dengan kawasan bandar sebagai usaha mengurangkan penghijrahan penduduk luar bandar.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Jaujan Sambakong berkata kesan penghijrahan penduduk ke bandar antara punca wujudnya kawasan setinggan di bandar.

"Sejak kerajaan mengambil alih pemerintahan, kita lihat pembangunan di negeri ini banyak tertumpu di kawasan bandar.

"Oleh itu kita perlu fokus di luar bandar kerana mereka juga rakyat yang memerlukan bantuan serta pembangunan," katanya ketika ditemui pada majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran Lembaga Pembangunan Perumahan Bandar, di sini malam ini.

Dalam pada itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah itu turut menekankan perlunya kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk menangani punca yang menyebabkan sering berlakunya kebakaran. 

Tegas beliau kerjasama rakyat amat penting dalam usaha mencegah kebakaran yang bukan hanya terletak kepada agensi tertentu sahaja tetapi menjadi tanggungjawab bersama bagi mengelakkan kerosakan kawasan setempat.

"Kolaborasi antara kementerian dengan pihak bomba perlu dibuat termasuk agensi berkaitan bagi membantu memberi kesedaran dan pendidikan mengenai pencegahan kebakaran," katanya.

--BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel