Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penganjuran Hari Malaysia amanat besar bagi KKMM Sarawak


Tarikh kemaskini: 03/07/2019





KUCHING, 3 Julai (Bernama) – Arahan kabinet yang terbaharu untuk menganjurkan Hari Malaysia di sini pada 16 September ini adalah satu amanat yang besar bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKMM Shakib Ahmad Shakir berkata ia memerlukan perancangan yang teliti dan rapi, namun mampu dilaksanakan dengan kerjasama semua agensi dan jabatan di bawah KKMM Sarawak.

“Saya sering bercakap tentang satu pasukan yang sedia berkerjasama untuk melaksanakan apa yang diamanahkan dan satu contoh kerjasama yang baik KKMM Sarawak adalah dalam mengajurkan program pra Gawai Dayak bulan lepas,” katanya pada Majlis Gawai Raya Jabatan Penerangan Sarawak 2019 di sini malam ini.

Turut hadir Setiausaha Bahagian Komunikasi Strategik KKMM Datuk Almain Ajirul, Pengarah Penenangan Sarawak Abang Sardon Abang Hashim serta ketua-ketua agensi KKMM Sarawak.

Shakib turut menyampaikan hasrat Ketua Setiausaha KKMM yang baharu Datuk Suriani Ahmad untuk melakukan lawatan kerja ke Sarawak pada waktu terdekat.   

--BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel