Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PKR pecat Haziq daripada parti


Tarikh kemaskini: 04/07/2019





PETALING JAYA, 3 Julai (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini memecat Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan serta merta, kata presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata keputusan pemecatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong itu dibuat secara sebulat suara, pada Mesyuarat Biro Politik PKR yang berlangsung malam ini.

"Lembaga Disiplin hari ini memberi syor memecat Haziq Abdullah dan Biro Politik yang bermesyuarat malam ini membuat keputusan menerima syor itu, serta sebulat suara bersetuju memecat beliau," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, malam ini.

Pengerusi Lembaga Displin PKR Datuk Ahmad Kasim berkata Haziq telah melanggar tatacara disiplin parti dengan tuduhan yang telah dibuat secara terbuka, termasuk mendakwa bahawa beliaulah lelaki yang bersama seorang pemimpin PKR dalam video seks viral.

"Antara alasan lain adalah dia secara terbuka menuduh pemimpin parti korup, tanpa memberikan bukti. Pemecatan ini juga mengambil kira selepas tamat tempoh 14 hari Haziq diarah memberikan surat tunjuk sebab menjelaskan dakwaan-dakwaannya.

"Lembaga disiplin sudah menerima jawapan balas daripada Haziq semalam. Selepas meneliti surat itu mesyuarat biro politik memutuskan perkara ini. Surat berkaitan perkara itu (pemecatan) akan dikeluarkan secepat mungkin dan diserahkan kepada Haziq," katanya.

Baru-baru ini, media melaporkan terdapat beberapa klip video tular memaparkan dua lelaki berada di atas katil dalam keadaan bogel melakukan aksi seksual, dengan seorang daripadanya didakwa menyerupai salah seorang menteri Kabinet.

Pada 12 Jun lalu, Haziq yang merupakan bekas pegawai Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, mengakui dirinya terlibat dalam rakaman video intim yang tular itu.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel