Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MFMP harap tajaan untuk sertai kejohanan antarabangsa


Tarikh kemaskini: 04/07/2019





KOTA BHARU, 4 Julai (Bernama) -- Persekutuan Muay Thai Profesional Malaysia (MFMP) memohon bantuan dana daripada pihak swasta, korporat dan kerajaan untuk mendapatkan dana bagi membolehkan persatuan terbabit menghantar petinju mewakili negara ke kejohanan antarabangsa.

Presidennya Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani berkata ini berikutan kekangan kewangan dan tajaan yang dihadapi persatuan itu, hasrat untuk menghantar dua petinju pada kejohanan ‘World Muay Thai Heritage’ di Greece yang berlangsung pada 1 Julai sehingga semalam, tidak kesampaian.

“Dua petinju iaitu pemenang pingat emas Sukan SEA, Ain Kamaruddin dan petinju terbaik negara Muhammad Amirul Aiman Zaidi telah bersedia membawa nama negara ke kejohanan terbabit namun tidak mampu direalisasikan kerana masalah kewangan.

“Kedua-dua petinju dan pihak kami mahu membuktikan sesuatu di pentas antarabangsa, namun terpaksa berputih mata,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mohd Fared berkata pihaknya berharap mana-mana syarikat korparat dan kementerian berkaitan tampil membantu persatuannya mendapatkan dana bagi membolehkan petinju yang berpontesi dihantar ke kejohanan-kejohanan antarabangsa selepas ini.

"Kami mempunyai petinju berpontesi yang boleh membawa nama negara, namun terhalang kerana kurang sokongan dana.

"Tajaan ke kejohanan antarabangsa seumpama itu penting kepada petinju-petinju Muay Thai negara sebagai usaha menempatkan diri dalam kelompok petinju Muay Thai terbaik dunia,” katanya.

Mohd Fared berkata, pihaknya kecewa tidak dapat menyertai kejohanan terbabit di Greece yang menjadi permulaan kepada MFMP memberikan pendedahan kepada petinju terbaik negara untuk mendapat pengalaman bersaing dengan petinju dari negara luar.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel