Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

IJM Land anjur anugerah pereka dalaman IJM Land 2019


Tarikh kemaskini: 04/07/2019





SEREMBAN, 4 Julai (Bernama) -- Pemaju Seremban 2, IJM Land Bhd (IJM Land) akan menganjurkan Anugerah Pereka Dalaman IJM Land (ILDA-IJM Land Designer Awards) 2019 dengan bermatlamat untuk mengiktiraf pereka bentuk dalaman muda terbaik di Malaysia.

Pengurus Besar Kanan Wilayah Tengah IJM Land Datuk Hoo Kim See berkata pertandingan ini menawarkan peluang kepada pereka untuk merealisasikan rekaan ke dalam satu unit kediaman di Apartmen Eksekutif Kalista 2 di Seremban 2.

Beliau berkata anugerah kali kedua ini membawa tema pertandingan 'Keluarga Moden dan Ruang', sebagai susulan kepada penganjuran kali pertama pada tahun 2016 yang berjaya mengumpulkan 200 orang peserta.

“Anugerah pada tahun ini antara lain bertujuan untuk terus menyokong pembangunan komuniti pereka bentuk dalaman dengan menggalakkan para pereka muda supay menepati keperluan industri dan bergerak ke tahap piawaian antarabangsa.” katanya pada sidang media di sini hari ini

Menurutnya konsep 'Keluarga Moden dan Ruang' berkisar kepada cara bagaimana menawarkan ruang yang selesa kepada anggota keluarga untuk mereka menikmati masa sendiri, dan pada masa sama memiliki ruang kegunaan bersama yang cukup untuk seisi keluarga.

Mengulas lanjut, beliau berkata dalam tempoh enam bulan, IJM Land bersama panel juri ILDA akan menapis penyertaan dan memilih 20 pereka bentuk dalaman terbaik bagi menghias rumah yang bertepatan dengan tema 'Keluarga Moden dan Ruang'.

Ho berkata peserta yang disenarai pendek akan berpeluang untuk menyertai lawatan industri dan seterusnya memberikan mereka pengalaman mengenai selok-belok pembinaan dan renovasi serta pengetahuan industri yang lebih mendalam dan juga khidmat nasihat daripada pakar, sebelum diberi masa 20 hari untuk melengkapkan rekaan dan membentangkan idea rekaan mereka kepada panel juri.

"Hanya dua pereka bentuk terbaik akan dipilih ke peringkat akhir pertandingan di mana mereka perlu menjelmakan idea konsep dalam bentuk implimentasi rekaan dan kerja-kerja ubah suai di Apartment Kalista 2 di Seremban2. Sebaik sahaja siap, unit itu akan dinilai oleh orang ramai bagi menentukan rekaan yang terbaik.

Katanya menerusi inisiatif ini, IJM Land berhasrat membolehkan pereka bentuk dalaman muda untuk mengembangkan perspektif mereka serta memacu komuniti pereka bentuk dalaman demi mencapai standard yang lebih tinggi.

"Pemenang emas ILDA 2019 akan menerima RM20,000, manakala pemenang perak menerima RM10,000. Pendaftaran untuk menyertai pertandingan itu dibuka mulai hari ini sehingga 15 Julai, dan orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut mengenai Anugerah Pereka Dalaman IJM Land (ILDA) 2019 boleh melayari laman web: www.seremban2.ijmland.com/ILDA2019/," katanya.

-- BERNAMA 

 


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel