Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kelantan cadang pendaftaran pengundi dibuat secara automatik


Tarikh kemaskini: 04/07/2019





KOTA BHARU, 4 Julai (Bernama) -- Kerajaan Negeri mencadangkan pendaftaran pengundi dibuat secara automatik, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Amar berkata, Kerajaan Negeri menyokong cadangan Kerajaan Persekutuan untuk menurunkan had umur mengundi dari 21 kepada 18 tahun jika pendaftaran automatik sebagai pengundi dilaksanakan. 

“Kalau setakat turunkan had umur, tapi tiada usaha untuk lakukan perubahan, benda yang sama akan jadi iaitu masih ramai yang tidak akan mendaftar sebagai pengundi,” katanya kepada pemberita selepas hadir merasmikan Taman Memorial Keamanan Kota Bharu di Taman Al-Fursan, Pengkalan Chepa di sini, hari ini. 

Yang turut hadir, Presiden Kehormat Rohm-Wako Japan, Datuk Yosuke Yoshioka dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam, Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf.

Mohd Amar berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan had umur mengundi diturunkan dari 21 kepada 18 tahun dibentang untuk bacaan kali pertama pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Cadangan pindaan itu akan membolehkan lebih ramai warganegara Malaysia layak mengundi dan memilih kerajaan melalui suatu pilihan raya selaras sistem demokrasi yang progresif. 

Mohd Amar berkata, ketetapan umur sama ada 18 ataupun 21 tahun tidak menjadi masalah atau isu, namun yang penting adalah daftar pengundi didaftarkan secara automatik. 

Sementara itu, Tuan Zainal berkata pembinaan Taman Memorial Keamanan berkenaan adalah sumbangan peribadi Presiden Kehormat Rohm-Wako Japan, Datuk Yosuke Yoshioka sebagai tanda persahabatan berpanjangan antara Kelantan dan Kasaoka, Jepun sejak 20 tahun lepas. 

“Pembinaan taman yang melibatkan kos RM200,000 ini dilengkapi dengan replika tugu pendaratan Jepun, taman air serta pokok dan landskap dari negara matahari terbit itu.

“Dalam masa terdekat, pihak kami turut merancang untuk membina satu wakaf bagi kemudahan orang ramai untuk solat dan pondok menunggu bas yang berunsurkan negara Jepun,” katanya. 

Pihaknya juga yakin, dengan wujudnya taman berkenaan ia dapat menjadi satu tarikan baru di negeri ini bagi pelancong dalam dan luar negeri untuk menikmati kesenian taman Jepun di kawasan bandar. 

Sementara itu, dalam satu lagi kenyataan akhbar Azhar berkata, usul yang dibentangkan pada hari ini di Dewan Rakyat adalah berhubung Perkara 119(1)(a) Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan penurunan had umur mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun sahaja.

Usul ini tidak melibatkan apa-apa cadangan untuk pendaftaran pengundi secara automatik yang akan melibatkan pindaan kepada Perkara 119, khususnya Perenggan (4)(b) Perlembagaan Persekutuan.  

Beliau berkata demikian untuk menjelaskan laporan media yang tidak tepat dan mengelirukan yang pendaftaran pemilih secara automatik dapat dilaksanakan bersekali dengan pindaan had umur mengundi itu tanpa kelulusan Parlimen.  

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel