Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Marin rampas beras pulut seludup


Tarikh kemaskini: 04/07/2019




LANGKAWI, 4 Julai (Bernama) -- Sebuah bot yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan di sebatang sungai di Taman Nilam, di sini membawa kepada penemuan beras pulut seberat 300 kilogram yang disyaki dibawa masuk dari negara jiran, hari ini.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Langkawi , DSP Rohizan Mohamad Saaid berkata rampasan dilakukan sepasukan anggota yang sedang melaksanakan Op Landai di kawasan terbabit kira-kira pukul 11 pagi.

"Semasa membuat rondaan, anggota pasukan menemukan sebuah bot gentian yang diletakkan dalam keadaan mencurigakan. Anggota pasukan kemudian memeriksa bot tersebut sebelum melihat beberapa bungkusan plastik hitam yang mengandungi beras pulut dipercayai dibawa dari Thailand ditinggalkan di bahagian dek bot tersebut.

Anggota kemudian melakukan intipan hampir sejam namun tidak sebarang tuntutan dibuat sebelum bertindak membawa beras pulut dianggarkan bernilai RM2,000 dan bot serta enjin dengan nilai anggaran RM14,000 itu balik ke Pangkalan PPM Wilayah Satu di Bukit Malut untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rohizan berkata kes akan disiasat mengikut Seksyen 22 Akta Polis 1967.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel