Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua beranak berdepan detik cemas, kenderaan dipandu masuk gaung


Tarikh kemaskini: 04/07/2019





SEREMBAN, 4 Julai (Bernama) -- Dua beranak berhadapan dengan detik mencemaskan selepas kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan dan kemudian berpusing serta terbalik sebelum terjunam ke dalam gaung dalam kejadian di Jalan Seremban-Port Dickson di sini, hari ini.

Penguasa Bomba Kanan, Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Mohd Syazwan Saidy berkata kejadian berlaku pada pukul 3.00 petang semasa kereta Proton Iswara yang dipandu R. Letchumy, 43, bersama anak lelakinya M. Vishnu, 19, difahamkan datang dari arah Seremban menghala Spring Hill, Port Dickson.

"Setibanya di lokasi itu, kereta itu hilang kawalan selepas Letchumy cuba mengelak daripada melanggar seekor babi hutan yang melintas, yang mengakibatkan kereta itu terbalik dan berpusing sebelum jatuh ke dalam gaung sedalam tujuh meter.

"Pemandu kenderaan mengalami kecederaan ringan di kepala dan tangan manakala anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata dua beranak itu dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba dan anggota bomba yang tiba kemudiannya membuat pemantauan bagi memastikan tiada sebarang tanda-tanda bahaya di kawasan itu.

Mohd Syazwan berkata lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.04 petang.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel