Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Murid maut selepas terjerlus lantai tangga bas di Pasir Puteh


Tarikh kemaskini: 04/07/2019




PASIR PUTEH, 4 Julai (Bernama) -- Seorang murid darjah enam dari Sekolah Kebangsaan Tok Bok, Machang dilaporkan meninggal dunia serta merta apabila terjerlus jatuh dari lantai tangga bas yang dinaikinya di Kampung Kandis di sini, hari ini.

Wan Muhammed Adam Mohd Suria, 12,  dipercayai berdiri bersama-sama rakan di dalam bas di sebelah hadapan berhampiran tangga kemudian terjatuh di jalan raya selepas lantainya jerlus pada kejadian 12.50 tengah hari ketika dalam perjalanan menghadiri bengkel Bahasa Inggeris di Bukit Keluang, Terengganu.

Penyelaras bengkel berkenaan yang tidak mahu disebut namanya berkata, mangsa dalam perjalanan untuk menyertai bengkel selama dua hari itu.

“Saya difahamkan terdapat lantai berlubang di tangga bas itu yang hanya ditutup sesuatu tetapi saya  tidak pasti ditutup dengan apa dan tidak mendapat maklumat lanjut,” katanya.  

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Anis di sini untuk dibedah siasat.

Sementara itu, pihak polis di sini gagal dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pihak keluarga enggan ditemui.

Ketika ini pihak media dilaporkan menunggu pegawai Jabatan Pendidikan yang dikatakan akan ke Hospital Tengku Anis untuk melihat jenazah dan bertemu keluarga.

-- BERNAMA

         


 

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel