Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mekanik warga emas cedera parah ditetak dengan kelewang


Tarikh kemaskini: 04/07/2019





BESUT, 4 Julai (Bernama) -- Seorang mekanik warga emas berusia 61 tahun cedera parah ditetak dengan kelewang oleh seorang lelaki di bengkel miliknya di Kampung Paya Rawa, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa sedang membaiki motosikal sebelum didatangi dua lelaki yang menaiki motosikal.

Beliau berkata  pembonceng motosikal yang memakai topi kelendar dan menutup muka dengan kain meluru ke arah mangsa dengan sebilah kelewang lalu menyerang mangsa sebelum melarikan diri.

“Jeritan mangsa telah didengari isterinya yang berumur 55 tahun dan mendapati mangsa cedera parah di lengan kanan serta luka di lengan kiri dan kaki kanannya,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Mangsa segera dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     

Sultan Selangor berkenan hadir ke Jamuan Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     

Dewan Negara: LPT2 catat 246 kes kemalangan maut dari Januari 2016-Oktober 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel