Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Curi duit tabung masjid, penganggur dipenjara enam bulan


Tarikh kemaskini: 05/07/2019




IPOH, 5 Julai (Bernama) -- Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas didapati bersalah mencuri duit tabung masjid berjumlah lebih RM90 Isnin lepas. 

Majistret Umzarul An-Nur Umar menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Nor Azizi Mohd Nasir, 24, mengaku bersalah ke atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya. 

Mengikut pertuduhan, Mohd Nor Azizi didakwa mencuri dan memiliki harta curi iaitu duit tabung Masjid Jamek Medan Klebang Restu, Chemor di sini berupa wang kertas RM1 sebanyak 93 keping pada pukul 8.30 malam, 1 Julai lalu. 

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda, dan bagi kesalahan kali kedua serta seterusnya, tertuduh boleh dipenjara dan boleh dikenakan denda atau sebat jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nur Asmaniza Mohammad manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), E.P. Sittan.

Umzarul An-Nur memerintahkan hukuman penjara berjalan dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu Isnin lepas.

Perbuatan tertuduh mencuri wang masjid disedari dua jemaah sebelum mereka menangkap dan menyerahkannya kepada pihak polis yang kemudian menemukan sejumlah wang kertas RM1 di dalam poket baju Mohd Nor Azizi. 

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel