Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kanak-kanak tiga tahun antara PATI ditahan Imigresen Pulau Pinang


Tarikh kemaskini: 05/07/2019





GEORGE TOWN, 5 Julai (Bernama) -- Seorang kanak-kanak berumur tiga tahun merupakan antara 33 warga asing yang ditahan Jabatan Imigresen (JIM) Pulau Pinang dalam beberapa serbuan di sekitar Batu Feringghi dan Bukit Mertajam di sini semalam.

Pengarah JIM Pulau Pinang, Muhamad Husni Mahmud hari ini berkata dalam operasi bermula pukul 5  petang sehingga tengah malam tadi, seramai 105 warga asing bekerja di kedai menjual barangan, premis perniagaan, tapak pembinaan dan restoran diperiksa sebelum 33 orang daripadanya ditahan.

"Dalam operasi itu, kami mendapati 33 yang ditahan itu tidak mempunyai permit sah untuk bekerja di negara ini, tiada dokumen perjalanan diri serta menyalahguna pas lawatan sosial," katanya di sini.

Katanya mereka yang ditahan terdiri daripada lapan lelaki Myanmar dan seorang wanita serta seorang kanak-kanak perempuan warga Myanmar, sembilan lelaki Bangladesh, lapan Indonesia termasuk empat wanita, empat warga Thailand (tiga lelaki dan seorang wanita) dan masing-masing seorang lelaki Syria serta Yaman.

Beliau berkata kesemua mereka berusia tiga hingga 45 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut dan pihaknya turut mengarahkan tiga lelaki yang merupakan majikan mereka untuk hadir ke pejabat JIM Pulau Pinang untuk direkodkan keterangan.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel