Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua pengedar dadah ditahan di Bagan Datuk


Tarikh kemaskini: 05/07/2019





TELUK INTAN, 5 Julai (Bernama)  -- Polis menahan dua lelaki disyaki pengedar dadah dan merampas sejumlah dadah dipercayai heroin dan methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Hutan Melintang,  Bagan Datuk petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata dalam operasi yang dilaksanakan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Hilir Perak bermula 8 pagi itu, polis menahan kedua-dua suspek berusia 26 dan 37 tahun kira-kira pukul 2.30 petang.

"Polis menemukan 18  paket lutsinar berisi dadah disyaki methamphetamine seberat 83.12 gram di atas sebuah meja di bilik dalam rumah tersebut dan polis turut menemukan satu bungkusan plastik lutsinar kosong serta alat penimbang elektronik.

Hasil pemeriksaan lanjut di bahagian belakang rumah tersebut telah menahan seorang lelaki dan menemukan sebuah kotak aluminium mengandungi 27 peket lut sinar berisi dadah dipercayai jenis heroin seberat 666.4 gram," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan mereka direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Selain itu, Mohd Marzukhi berkata pihaknya turut menahan lima lelaki berusia 26 hingga 46 tahun dalam operasi yang dilaksanakan di sekitar Hutan Melintang dan Rungkup di Bagan Datuk.

Katanya dalam operasi itu, pihaknya turut menemukan pelbagai jenis dadah dipercayai heroin, methamphetamine  dan kanabis yang dianggarkan bernilai RM33,861.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel