Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JAS beri kelulusan bersyarat projek PSR


Tarikh kemaskini: 05/07/2019





GEORGE TOWN, 5 Julai (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang telah menerima kelulusan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi projek tambak laut di perairan selatan Pulau Pinang (PSR) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) semalam.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mengesahkan surat kelulusan berserta 72 syarat itu diterima menerusi faksimili petang semalam dengan memberi kelulusan kepada permohonan kerajaan negeri melaksanakan projek PSR berkenaan.

“Buat masa ini, kerajaan negeri akan menelti kandungan nasihat dan syarat itu dan akan  menjelaskan lebih lanjut perincian mengenai kelulusan PSR selepas pertemuan dengan JAS minggu depan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Ekspo Taiwan 2019 di sini, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri bercadang menebus guna 1,821.085 hektar kawasan laut bagi membina tiga pulau buatan merentang dari selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) ke arah timur sekitar Permatang Damar Laut.

Projek PSR dicadangkan bertujuan mewujudkan bank tanah untuk membiayai Rancangan Induk Pengangkutan (PTMP) Pulau Pinang.

Difahamkan jangka masa projek tebus guna adalah selama 15 tahun dan keseluruhan projek dijangka siap antara 30 hingga 50 tahun.

Chow berkata 72 syarat yang perlu dipatuhi tersebut adalah lebih daripada kelulusan EIA sebelum ini dan kerajaan negeri memerlukan masa untuk mengkaji kesemua syarat tersebut.

“Apabila kita melaksanakan projek tersebut, kami akan mematuhi semua syarat dan peraturan yang dikenakan oleh pihak berkuasa yang memberi kelulusan walaupun ia melibatkan perbelanjaan.

"Saya percaya kesemua syarat ini bukan sesuatu yang baharu kerana semasa proses permohonan, kami mengadakan pertemuan dengan pelbagai agensi berkaitan teknikal yang mengenakan syarat tersebut terhadap kerajaan negeri.

“Kami menyedari sepenuhnya dengan semua syarat tersebut sebelum ini,” katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel