Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

YSS berkampung sebulan di Vietnam


Tarikh kemaskini: 05/07/2019





PUTRAJAYA, 5 Julai (Bernama) -- Seramai 62 sukarelawan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dari pelbagai institusi pendidikan tinggi (IPT) akan berkampung selama sebulan di Vietnam bagi menjalankan khidmat masyarakat di bawah program Green Summer Volunteer Campaign (GSVC).

Mereka akan berlepas esok bagi menyertai 50,000 siswa Ho Chi Minh City Youth Union (HCMCYU) berbakti di empat buah kampung di Vietnam sempena program itu.

Pengerusi YSS Tan Sri Lee Lam Thye berkata kesemua sukarelawan terpilih telah menghadiri sesi latihan asas sukarelawan, kesihatan dan hubungan antarabangsa sebelum bertolak ke negara itu.

"Pelbagai manfaat dan impak akan diperoleh peserta kerana program berdasarkan konsep 'immersion' akan memberi mereka peluang bersama komuniti setempat mengerah keringat menyumbang bakti,” katanya pada majlis pelepasan program oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr Mohd Gazali Abas, di sini hari ini.

Empat lokasi terpilih itu ialah Tan Kien Commune, daerah Binh Chanh, Thai My Commune, daerah Cu Chi ; Hiep Phuoc Commune, daerah Nha Be dan Tan Thoi Hiep Ward, daerah 12.

Lee berkata ia merupakan tahun kelapan YSS bekerjasama bagi misi sukarelawan siswa bersama HCMCYU sejak 2012, dan tahun ketujuh menyertai GSVC di Vietnam.

YSS telah melaksanakan sebanyak 38 misi sehingga tahun lepas.

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel