Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Forum tumpu peluang, prospek perniagaan di Selangor pada 23 Julai ini


Tarikh kemaskini: 05/07/2019




KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Peluang, potensi dan masa depan perniagaan di Selangor akan menjadi topik utama dalam forum ‘Selangor: Regional Powerhouse’ pada 23 Julai ini.

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI Selangor) berkata acara itu akan mengetengahkan pendekatan Selangor ke arah memiliki ekosistem dan infrastruktur ideal untuk menjadi nukleus bagi visi Komuniti Ekonomi ASEAN.

Forum itu, antara lain, menampilkan sesi pleno peringkat tinggi dengan dihadiri terutama penggubal dasar dan peneraju industri bagi membincangkan peluang pelaburan di Selangor selain kerjasama kerajaan negeri dan industri untuk manfaat bersama.

Terdapat juga sesi kecil oleh penggubal dasar dan peneraju industri mengenai cara Selangor untuk menjadi hab bandar pintar bagi kehidupan lestari, penerbangan dan aeroangkasa, serta teknologi masa depan, menurut MBI Selangor dalam kenyataan hari ini.

Antara penceramah dalam forum itu termasuk Menteri Besar Selangor Amirudin Shari; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Invest Selangor Datuk Hasan Azhari Idris; Duta Netherlands di Malaysia Karin Mossenlechner; CEO HSBC Malaysia Stuart Milne; Pengerusi Westports Holdings Bhd Tan Sri G. Gnanalingam; CEO Sapura Energy Bhd Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Pengarah Urusan Serantau Nokia Datuk Siva Shanmugam.

Forum berkenaan dianjurkan dengan kerjasama IBR Asia Group.

Sebagai sebahagian usaha dalam mencapat matlamat negeri pintar menjelang 2025, kerajaan Selangor, menerusi MBI Selangor membentuk pelan hala tuju kerjasama dan penyebaran luas maklumat serantau.

MBI Selangor, ditubuhkan mengikut Enakmen Menteri Besar Selangor pada 21 Sept, 1994 sebagai badan korporat khusus untuk mentadbir pengurusan aset dan pelaburan milik kerajaan negeri serta mewakili Selangor dalam melaksanakan aktiviti berunsur perniagaan di luar bidang kuasa kerajaan negeri.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel