Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

22 termasuk dua wanita ditahan miliki dadah dalam Ops Sarang


Tarikh kemaskini: 05/07/2019





KUALA LUMPUR 5 Julai (Bernama) -- Seramai 22 individu termasuk dua wanita diberkas atas kesalahan memiliki pelbagai jenis dadah dalam operasi khas ‘Ops Sarang’ di sekitar Kampung Tasek Permai dan Lembah Jaya Selatan, Ampang, dekat sini, sejak Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Noor Azmi Yusoff berkata kesemua mereka berusia 21 hingga 53 tahun itu ditahan dalam operasi yang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

“Pihak polis turut merampas dadah jenis pil Eramin 5 seberat 0.99 gram, syabu (13.54 gram) serta ganja (4.1 gram) dengan keseluruhan dadah tersebut dianggarkan bernilai melebihi RM2,000 serta 87 liter air ketum bernilai RM870,” katanya ketika dihubungi Bernama, malam ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Perlis mahu pendakwah saudara baharu sentiasa lengkapkan ilmu

 
     

Profesionalisme pakar patologi negara diyakini

 
     

Polis akan panggil penganjur perhimpunan anti-Lynas

 
     

Bacaan IPU di Sri Aman kekal 'sangat tidak sihat'

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel