Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Letshaana ketuai cabaran pemain pilihan ke suku akhir


Tarikh kemaskini: 05/07/2019




KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Pemain perseorangan Selangor K. Letshaana hanya memerlukan 15 minit untuk mengenepikan Gooi Xin Yi dari Kuala Lumpur untuk mengesahkan tempat di suku akhir Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan Grand Prix Final di Kelab Rekreasi Cina Negeri Sembilan (NSCRC) Seremban, hari ini.

Pada perlawanan pusingan ketiga acara perseorangan wanita bawah 16 tahun, Letshaana yang sudah menemui rentak permainan selepas gagal melakukannya sebelum ini, menang mudah dengan 21-2, 21-6 untuk berdepan pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Lee Xin Jie.

"Keyakinan saya semakin tinggi. Saya hanya perlu fokus untuk mendapatkan rentak dan masih belum berada di prestasi terbaik tetapi saya yakin mampu mengharunginya," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Xin Jie yang turut beraksi di Kejuaraan Dunia Jemputan Shonan bawah 15 tahun di Jepun, dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan wakil Kedah K. Yeshveeni 21-15, 13-21, 21-15 untuk mara ke suku akhir.

Juara bertahan, Arena Satu Samin dari Sabah turut berada di kelas tersendiri apabila menewaskan Tan Shen Thing daripada BAM 21-12, 21-9 sekali gus bakal berdepan pilihan kedua dari BAM, Joanne Ng May Yin yang menewaskan pemain Selangor, Sik Xiao Hui 21-13, 21-14. 

Sementara itu, pilihan utama kejohanan Tan Zhang Yi (BAM) mara ke suku akhir selepas menang 21-18, 21-12 ke atas Chew Jia Hui dari Perak manakala pemain Johor Oh Jia Qi menewaskan Lim Qi Ling dari Selangor, 21-10, 21-15 untuk berdepan wakil BAM, Khor Jin Weng.

Dalam saingan perseorangan lelaki bawah 16 tahun pula, menyaksikan pilihan pertama kejohanan, Fazriq Mohd Razif menempah slot suku akhir selepas menang 21-17, 21-17 ke atas A Thaanesh Devar dari Melaka.

Fazriq, juara di Kejuaraan Dunia Jemputan Shonan Bawah 15 tahun akan berdepan wakil Selangor  Haris Sufian Rushdan yang menang ke atas Goo Vie Keat dari Kelantan, 21-15, 21-11.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Perlis mahu pendakwah saudara baharu sentiasa lengkapkan ilmu

 
     

Profesionalisme pakar patologi negara diyakini

 
     

Polis akan panggil penganjur perhimpunan anti-Lynas

 
     

Bacaan IPU di Sri Aman kekal 'sangat tidak sihat'

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel