Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Abdul Rashid tarik diri bertanding presiden KAFA


Tarikh kemaskini: 05/07/2019





KOTA BHARU, 5 Julai (Bernama) -- Calon presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sah menarik diri pada Kongres Luar Biasa (EGM) esok bagi memilih presiden dan barisan exco baharu persatuan terbabit. 

Setiausaha Eksekutif Kafa, Arif Hassan berkata dengan penarikan diri Abdul Rashid itu EGM esok akan menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan ahli perniagaan Datuk Seri Amril Aiman Abdul Aziz. 

"Kami menerima keputusan penarikan diri Abdul Rashid atas alasan tertentu lewat petang tadi. 

Sehingga kini semua calon lain bagi jawatan yang dipertandingkan masih berminat dan kekal untuk bertanding pada EGM esok, " katanya. 

Sementara itu Abdul Rashid ketika dihubungi Bernama melalui aplikasi WhatsApp turut mengesahkan menarik diri daripada pertandingan itu esok tetapi beliau tidak menyatakan alasan penarikan diri itu.

EGM esok bakal diadakan bagi memilih presiden dan barisan exco baharu selepas Bibi Ramjani Ilias Khan meletak jawatan Presiden Kafa bulan lepas.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

K'jaan Selangor sedang proses kelulusan tapak tanah Highland Towers untuk dibangunkan semula

 
     

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel