Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pasaran modal Malaysia tingkatkan kerjasama rentas sempadan dengan China


Tarikh kemaskini: 05/07/2019




KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan memudahkan kerjasama yang lebih erat antara pasaran modal Malaysia dan China untuk saling memberi manfaat kepada kedua-dua negara, susulan lawatannya pada 4 Julai ke Bursa Saham Shenzhen (SZSE).

Dalam lawatan itu, delegasi disambut oleh pegawai-pegawai kanan dan Pengerusi bursa saham itu Wu Lijun, yang menekankan kejayaan SZSE dalam membiayai syarikat China dan PKS yang inovatif, termasuk mereka dalam sektor teknologi dan pembuatan maju.

Pada masa sama, terdapat beberapa syarikat yang disenaraikan di SZSE beroperasi di Malaysia di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan, mewujudkan sinergi dan peluang kepada kerjasama antara pasaran modal kedua-dua negara.

Delegasi dari Malaysia itu diketuai oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

“Bersama dengan Bursa Malaysia, SC mempunyai banyak libat urus dengan SZSE dalam beberapa bulan ini untuk membincangkan mengenai inisiatif kepada jaringan rentas sempadan yang lebih baik, pertukaran kepakaran teknikal dan pembangunan modal insan.

“Kami mahu meningkatkan hubungan antara Malaysia dan China melalui kerjasama ini. Susulan lawatan kerja ini, SZSE, SC dan Bursa Malaysia akan mengadakan perbincangan lanjut untuk menentukan cadangan nilai kerjasama itu, dan berusaha ke arah melaksanakan inisiatif ini,” kata Pengerusi SC Datuk Syed Zaid Albar dalam kenyataan.

 SZSE ditubuhkan pada 1 Dis, 1990 sebagai entiti undang-undang yang dikawal selia sendiri di bawah pengawasan Suruhanjaya Pengawalseliaan Sekuriti China.

Ia merupakan antara dua bursa saham utama di tanah besar China, dengan permodalan pasaran sebanyak US$3 trilion sehingga Mei 2019.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Perlis mahu pendakwah saudara baharu sentiasa lengkapkan ilmu

 
     

Profesionalisme pakar patologi negara diyakini

 
     

Polis akan panggil penganjur perhimpunan anti-Lynas

 
     

Bacaan IPU di Sri Aman kekal 'sangat tidak sihat'

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel