Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pengurusan baharu KAFA diminta ambil perhatian kebajikan pemain, jurulatih Kelantan


Tarikh kemaskini: 06/07/2019





KOTA BHARU, 6 Julai (Bernama) -- Pengurusan baharu Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang akan dipilih pada Kongres Agung Luar Biasa (EGM) persatuan terbabit hari ini diminta mengambil perhatian terhadap kebajikan pemain dan barisan kejurulatihan pasukan Kelantan terutama dari aspek tunggakan gaji.

Ketua jurulatih Kelantan Yusri Che Lah berkata walaupun isu tunggakan gaji adalah satu isu sensitif namun beliau harus membela  pemain kerana rata-rata masih tidak menerima bayaran gaji dalam tempoh hampir tiga bulan.

"Bukan saya meminta kelebihan dari segi apapun namun sebagai manusia saya perlu membela pemain beraksi malam ini (Jumaat malam) tanpa dibayar gaji dua bulan setengah namun apabila dinilai dengan keinginan mereka (pemain) seolah-olah dibayar setiap bulan.

"Begitu juga ada dikalangan kami (jurulatih) masih lagi tidak menerima gaji hampir tiga bulan namun mereka hadir ke tempat latihan tanpa jemu dan tanpa alasan," katanya pada sidang media selepas perlawanan Liga Premier menentang Selangor United di Stadium Sultan Muhammad lV di sini, malam tadi.

Pada perlawanan tersebut pasukan Kelantan berjaya menewaskan Selangor United 2-0 hasil jaringan penalti Nik Akif Syarihan Nik Mat pada minit ke-45 dan Nik Azli Nik Alias minit ke-50.

.Yusri berkata dengan keadaan yang dialami pemain, beliau berterusan memberikan motivasi supaya pemainnya terus bersemangat kerana hanya kemenangan dapat membantu pasukan untuk terus bersaing di Liga Premier musim depan.

"Pemain sanggup melakukan sesuatu untuk pasukan malah ada yang tidak sihat sanggup memberikan komitmen kepada pasukan menawarkan diri untuk diturunkan malam ini.

"Mereka telah memberikan jiwa walaupun tidak sihat, saya rasa jika saya ingin menangis kerana pemain saya yang cukup berdedikasi dan komitmen," katanya.

Katanya beliau amat yakin sekiranya pengurusan baharu Kafa menjaga dengan baik pemain muda Kelantan, pemain-pemain itu akan mampu mengembalikan imej pasukan di kancah Liga Malaysia (Liga-M).

"Kerjayaan pasukan melalui pemain muda ketika ini tidak terhasil dalam tempoh satu dua tahun dan tidak salah pengurusan baharu dengan manifesto dan keyakinan baharu menjaga pemain ini yang rata-rata berumur 20 sehingga 21 tahun yang perlu banyak belajar untuk membawa kejayaan kepada pasukan," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel