Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis rampas 280 kilogram daun ketum di Pasir Puteh


Tarikh kemaskini: 06/07/2019





PASIR PUTEH, 6 Julai (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki berusia 51 tahun dan merampas 280 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM8,300 dalam satu serbuan di Kampung Telaga Papan, Semerak di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh DSP Mohd Azmir Damiri berkata suspek ditahan kira-kira pukul 10.30 pagi ketika cuba memunggah daun ketum yang belum diproses dari sebuah kereta jenis Perodua Kancil ke kereta Wolkswagen di depan rumahnya.

“Suspek cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran sekumpulan anggota polis yang membuat serbuan namun berjaya ditahan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh di sini, hari ini.

Mohd Azmir berkata daun ketum berkenaan yang diisi dalam 28 bungkusan plastik hitam dipercayai untuk pasaran Kelantan dan Terengganu.

Beliau berkata suspek yang mempunyai lapan rekod lampau berkaitan narkotik direman selama lima hari bermula tarikh ditangkap bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel