Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemandu bas meninggal semasa bawa penumpang ke Pulau Pinang


Tarikh kemaskini: 06/07/2019





IPOH, 6 Julai (Bernama) -- Seorang pemandu  bas ekspres meninggal dunia secara tiba-tiba semasa dalam perjalanan membawa 30 penumpang dari Shah Alam ke Pulau Pinang , awal pagi ini. 

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata semasa kejadian, Johari Abdul Jalil, 57, dari Alor Setar berhenti sebentar di lorong kecemasan di Kilometer  284 Lebuhraya Utara Selatan, sebelum Plaza Tol Ipoh Selatan untuk membuang air kecil kira-kira pukul 3.30 pagi. 

"Semasa itu, simati menjawab panggilan telefon sebelum tiba tiba jatuh dan  terbaring atas stering bas," katanya dalam satu kenyataan di sini hari. 

Menurut Mohd Ali,  penumpang dan pemandu kedua bas telah mengangkat membaringkan Johari di tempat duduk penumpang sebelum meneruskan perjalanan ke Plaza Tol Ipoh Selatan dan menghubungi pihak hospital untuk bantuan.

"Pegawai dari Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Raja Permaisuri Bainun yang tiba mengesahkan pemandu itu telah  meninggal dunia," katanya. 

Beliau berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah akibat sakit jantung  dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Peserta program bimbingan INSKEN raih jualan RM8.89 juta

 
     

Lapan nelayan hilang di perairan Tambisan

 
     

Polis siasat pagar rumah wartawan disimbah cat merah

 
     

Sekolah Tamil pupuk perpaduan menerusi sambutan Ponggal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel