Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UniMAP tawar program komunikasi media baharu untuk pengamal media


Tarikh kemaskini: 06/07/2019





KANGAR, 6 Julai (Bernama) -- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu secara mod sambilan khusus kepada pengamal media sebagai inisiatif untuk meningkatkan tahap akademik mereka.

Naib Canselornya, Prof Ir Dr R. Badlishah Ahmad berkata program di bawah Pusat Pengajian Pembangunan Insan  dan Teknokomunikasi (IKOM) UniMAP diperakukan pada Mesyuarat Senat universiti ke-91 pada 26 Jun lepas.

“Penawaran program ini secara mod sambilan susulan permintaan tinggi pelajar terhadap program komunikasi setiap tahun namun kita hanya akan mengambil 180 pelajar bagi setiap kohort (pengambilan).

Kumpulan pertama pengambilan secara mod sambilan ini bagaimanapun tertakluk pada Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT)," katanya kepada pemberita pada program Santai ke Dusun bersama 30 ahli Kelab Media Perlis (KEMPs) anjuran Unit Komunikasi Korporat (UKK) UniMAP di Dusun Genting Nakawan, Bukit Ayer di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof Dr Mohd Foad Sakdan, Ketua Biro Bernama Perlis Zainal Abdul Jalil dan Presiden KEMPs yang juga Ketua Biro Utusan Malaysia Kedah/Perlis, Sharilfuddin Saari.

Menurut Badlishah, kuliah program berkenaan akan dijalankan pada setiap Sabtu dan Ahad manakala tempoh pengajian adalah selama empat tahun.

Katanya syarat kemasukan program tersebut sama seperti pelajar-pelajar perdana lain namun pengamal media yang memiliki pengalaman akan diberi pengecualian berdasarkan penilaian Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Beliau berkata program Komunikasi Media Baharu menawarkan kurikulum pengajian terkini dengan menumpukan pada elemen teknologi baharu dalam tiga komponen utama iaitu komunikasi, media baharu dan keusahawanan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel