Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jabatan Perikanan Selangor teruskan usaha tanam bakau


Tarikh kemaskini: 06/07/2019





BANTING, 6 Julai (Bernama) --  Jabatan Perikanan Selangor akan meneruskan penanaman pokok bakau di negeri ini sebagai usaha mencegah hakisan pantai dan memulihara habitat laut.

Pengarah Perikanan Negeri Selangor Azlisha Abd Aziz berkata selain itu penanaman pokok bakau juga bertujuan untuk meningkatkan sumber hasil laut terutamanya bagi menjana pendapatan kumpulan nelayan.

"Selain untuk mencegah hakisan pantai terutamanya apabila berlaku fenomena air pasang besar, penanaman pokok bakau juga mampu mengekal dan meningkatkan populasi hidupan laut.

"Ini termasuklah ikan, ketam dan kerang yang mana ia penting kepada nelayan dan penduduk setempat yang mencari rezeki dengan menjual hasil laut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri projek pemuliharaan habitat hutan bakau di Pantai Kelanang di sini, hari ini.

Beliau berkata kewujudan pokok bakau itu turut dilihat dapat menjadikan kawasan pantai sebagai tempat ekopelancongan yang mampu menarik kehadiran pelancong.

Sementara itu, mengulas mengenai program berkenaan Azlisha berkata, jabatan perikanan dengan kerjasama agensi berkaitan termasuk Jabatan Perhutanan Selangor, Majlis Daerah Kuala Langat dan Persatuan Nelayan Pantai Kelanang bekerjasama menanam pokok bakau dan api-api di Pantai Kelanang.

"Untuk program hari ini, agensi berkaitan telah sama-sama turun padang untuk menanam 400 anak pokok bakau dan 200 anak pokok api-api.

"Usaha ini merupakan satu komponen kepada Pelan Pengurusan Perikanan melalui Pendekatan Ekosistem 2019, yang mana antaranya kita harap anak-anak ikan dapat membesar di kawasan paya bakau pantai ini," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel