ZJVbF3dTzWI TPM gesa pusat hemodialisis kendalian NGO ikut peraturan ditetapkan
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

TPM gesa pusat hemodialisis kendalian NGO ikut peraturan ditetapkan


Tarikh kemaskini: 06/07/2019





BUKIT MERTAJAM, 6 Julai (Bernama) -- Pusat hemodialisis swasta diminta mematuhi peraturan yang ditetapkan termasuk mempunyai seorang pakar nefrologi bagi mengelak insiden yang tidak diingini berlaku semasa pesakit buah pinggang mendapatkan rawatan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, sebelum ini, pusat dialisis tidak diwajibkan menempatkan seorang pakar tetapi susulan kekurangan kemudahan dan perkhidmatan, maka kerajaan mengetatkan peraturan untuk pihak swasta atau badan bukan kerajaan (NGO) menubuhkan pusat berkenaan.

"Dulunya memang tidak memerlukan seorang pakar, namun kita ada insiden pusat dialisis tidak mematuhi peraturan. Ada sedikit kekurangan dari segi perkhidmatan. Sebab itu kita terpaksa mengetatkan peraturan-peraturan untuk menubuhkan pusat dialisis," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas semasa melawat pusat hemodialisis, Pertubuhan Hemodialisis Seberang Perai Selatan, Simpang Ampat, yang sudah beroperasi selama 21 tahun itu, dekat sini, hari ini.

Dr Wan Azizah, yang juga Menteri  Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, meluangkan masa hampir sejam melawat bangunan tiga tingkat itu sambil beramah mesra dengan kakitangan dan pesakit di situ.

Sementara itu, pengasas pertubuhan itu, Goh Kheng Huat, berkata ini, Dr Wan Azizah merasmikan pusat hemodialisis berkenan ketika menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh dua dekad lalu.

Menurutnya, penubuhan pusat hemodialisis itu adalah untuk membantu pesakit miskin yang tidak berkemampuan bagi mendapatkan rawatan dan setakat ini sebanyak 46 pesakit menerima rawatan secara percuma di situ.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     

Berdepan pertuduhan rogol: Exco Perak dinasihat cuti daripada tugas rasmi

 
     

Senarai penuh Kabinet Sarawak

 
     

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel