Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KPF meterai MoU dengan enam koperasi wilayah Jengka


Tarikh kemaskini: 06/07/2019





KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan enam Koperasi Rancangan dan Pertubuhan Peneroka di FELDA Wilayah Jengka baru-baru ini.

KPF dalam kenyataan memaklumkan MoU itu melantik Koperasi Rancangan dan Pertubuhan Peneroka sebagai wakil KPF dalam melaksanakan skim pembelian Buah Tandan Segar (BTS) secara terus daripada peneroka yang tidak bersama pengurusan FELDA dan FELDA Technoplant Sdn Bhd di rancangan terpilih dalam FELDA Wilayah Jengka.

“Usaha sama itu adalah untuk menyokong hasrat FELDA dalam memberi perhatian yang khusus bagi mengatasi isu kelewatan bayaran hasil kepada peneroka seperti dimaklumkan semasa pembentangan Kertas Putih.

“Skim pembelian BTS secara terus daripada peneroka ini dapat membantu peneroka memperoleh bayaran hasil dengan lebih cepat melalui koperasi rancangan dan pertubuhan peneroka yang terlibat,” menurut kenyataan itu.

Menurut KPF program perintis itu akan diperluaskan ke wilayah FELDA lain di seluruh negara jika ia mendapat sokongan daripada peneroka dan FELDA.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     

Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan tempat perkahwinan terkemuka di dunia

 
     

Ibu berpantang harungi banjir bersama bayi berusia 15 hari

 
     

JAS Negeri Sembilan sita kilang disyaki lepaskan enap cemar minyak hitam terpakai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel