Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

SMK Tinggi Klang juara Pertandingan Sketsa Rukun Negara peringkat Selangor


Tarikh kemaskini: 07/07/2019





BANGI, 7 Julai (Bernama) -- Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Klang muncul juara Pertandingan Sketsa Rukun Negara peringkat Selangor anjuran Jabatan Penera­ngan (JaPen), sekali gus akan mewakili negeri itu pada pertandingan peringkat kebangsaan hujung bulan ini.

Sketsa bertajuk ‘Daulat’ yang dipertaruhkan sekolah itu melibatkan lima pelajar dan ini kemenangan tahun ketiga berturut-turut sekolah berkenaan.

Guru pembimbing pasukan SMK Tinggi Klang, Faiza Suhaida Mohd Salleh berkata mereka mengambil masa seminggu untuk berlatih dan membuat persediaan menghadapi pertandingan itu.

“Mereka saling membantu dalam proses menghayati mesej yang ingin disampaikan dalam sketsa ketika latihan di sebalik tempoh masa yang pendek,” katanya ketika ditemui selepas pertandingan itu di SMK Bandar Seri Putra dekat sini semalam.

Hadiah disampaikan Ahli Parlimen Hulu Langat Datuk Hasanuddin Mohd Yunus pada majlis yang turut dihadiri Pengarah JaPen Selangor, S. Devaraj.

SMK Gombak Setia (Gombak) dan SMK Telok Datok (Kuala Langat) masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan bertema 'Sayangi Malaysiaku' melibatkan enam sekolah di daerah Gombak, Klang, Kuala Selangor, Hulu Langat, Sabak Bernam dan Kuala Langat

Ia merupakan acara tahunan JaPen yang berkonsepkan seni lakonan dan penceritaan bertujuan meningkatkan kefahaman ahli Kelab Malaysiaku mengenai lima Prinsip Rukun Negara ke arah melahirkan semangat patriotisme dan cintakan negara di samping mencungkil bakat seni.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     

Sambutan filem 'Garang - Aku Luar Biasa' mengenai atlet paralimpik kurang memberangsangkan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel