Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis buru dua lelaki rompak kedai serbaneka KK Mart Telok Kemang Sabtu lepas


Tarikh kemaskini: 08/07/2019





PORT DICKSON, 8 Julai (Bernama) -- Polis sedang giat mengesan dua penjenayah yang menyamun sebuah kedai serbaneka KK Mart di Telok Kemang di sini, dengan bersenjatakan pisau, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan daripada orang awam mengenai kes samun itu, pada kira-kira pukul 5.04 pagi.

"Berdasarkan siasatan awal, suspek pertama adalah seorang lelaki yang dilihat berpakaian baju-t biru lengan panjang serta memakai apron dan berseluar jeans, manakala seorang lagi suspek menunggu di dalam sebuah kereta.

"Suspek yang bersenjatakan pisau telah mengambil wang tunai RM1,500 di dalam peti wang di bahagian kaunter dan terus melarikan diri. Ketika kejadian, mangsa berada di kaunter manakala seorang rakan sekerjanya sedang menyusun barang di dalam pasar mini itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata tiada mangsa mengalami kecederaan dalam kejadian itu, dan suspek melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Proton Saga FLX warna biru, namun nombor pendaftarannya tidak dapat dipastikan.

Aidi Sham berkata kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel