Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Selangor peruntuk RM750,000 bagi program Geran Kecil Alam Sekitar dan Teknologi hijau


Tarikh kemaskini: 08/07/2019





SHAH ALAM, 8 Julai (Bernama) -- Kerajaan negeri memperuntukan RM750,000 bagi Geran Kecil Alam Sekitar dan Teknologi hijau bagi 109 persatuan dan organisasi yang terpilih.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Hee Loy Sian berkata ia susulan sambutan yang menggalakkan terhadap program berkenaan tahun lepas.

"Ini merupakan tahun kedua kita laksanakan dan kita memperuntukkan RM250,000 untuk geran Alam Sekitar manakala RM500,000 kepada Teknologi Hijau.

“Melalui program ini peruntukkan yang disalurkan adalah untuk membiayai program dan projek alam sekitar serta teknologi hijau yang inovatif dan melibatkan komuniti setempat," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan cek geran berkenaan di sini, hari ini.

Turut hadir, Penolong Pengarah Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN), Marianie Abdul Rahman.

Tambahnya kesedaran mengenai kepentingan penggunaan teknologi hijau dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa ke arah penggunaan tenaga yang lebih cekap, mesra alam dan boleh diperbaharui.

Sementara itu, mengulas mengenai Kempen Bebas Straw Plastik yang akan bermula 1 Julai ini, beliau menyeru kesemua pemilik restoran di Selangor mematuhi arahan yang dikeluarkan untuk menyimpan straw dan hanya menyediakan di atas permintaan sahaja.

"Untuk minuman berkotak yang mempunyai straw kita berharap pengusaha kilang dapat memikirkan cara terbaik untuk mengurangkan penggunaan plastik. Kita tidak memaksa cuma mengharapkan mereka dapat membantu kerajaan memainkan peranan dan bukan hanya mengaut keuntungan semata-mata," katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     

Ibu tunggal didakwa bunuh anak sendiri

 
     

Tiada rancangan laksanakan kajian mansuh butiran agama pada kad pengenalan - KDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel